Thursday, January 7, 2010

Al-fatihah

Assalamualaikum ............

Pada petang 7.1.2009 jam 6.15 petang saya menerima khabar memeranjatkan bahawa Mohd Fazreen b Ramli yang merupakan bekas pelajar semasa mengajar di Politeknik Sultan Idris Shah telah pulang ke rahmatullah. Maklumat yang diterima daripada Faizal b Harun (a.k.a atok) arwah mengalami kecederaan teruk di bahagian dada  akibat daripada digilis kenderaan. Saya pernah mengajar arwah untuk Kursus E3005 iaitu Baikpulih Alatan Elektronik. Selain daripada itu, arwah merupakan salah seorang pemain utama PSIS Falcons Rugby Club semasa saya mengajar di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dan seorang yang agak rapat dengan anak saya semasa beliau bersama dengan pasukan ragbi. Jenazah arwah akan dikebumikan di Melaka. Semoga roh arwah Fazreen ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.

No comments:

Post a Comment